Tentang Kami


SYUKUR FOOD & CHIP ENTERPRISE telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2010 oleh En Muhamad Fais bin Sukur, sejarah penubuhannya adalah dari bapa beliau (En Sukur bin Binu) dan lebih dikenali dengan Perusahaan Kecil Kerepek Ubi Sukur pada tahun 1994 hingga 2010. Pengeluaran produk dilakukan di kilangnya beralamat No 321 A, Pusat Memproses Makanan Ringan, Felda Raja Alias 1, 72120 Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan, manakala tempat urusan penjualan dan pembungkusan dijalankan di bangunan kedai yang dibina bersebelahan rumah kediaman di alamat, No 175 Felda Raja Alias 1, 72120 Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan.
Senarai produk yang dihasilkan oleh Syukur Food & Chip Enterprise Adalah:-
·         Kerepek Ubi Masin.
·         Kerepek Ubi Jejari.
·         Kerepek Ubi Pedas Kering.
·         Kerepek Ubi Pisang Tanduk/Nipah.
·         Kerepek Keladi.
·         Pelbagai Kerepek Berperisa dan lain-lain.
Disamping pengeluaran pelbagai produk kerepek, beliau juga membekal dan membugkus produk sampingan seperti:
·         Keropok Kacang Dhall.
·         Kerepek Tempe.
·         Kerepek Emping (Belinjo).
·         Keropok Kentang.
·         Kuih-kuih Tradisional dan lain-lain.
Matlamat beliau bagi merealisasikan kejayaan yang berinovatif adalah menjadi pengeluar makanan ringan yang unggul bagi produk-produk halal berkonsepkan makanan tradisi melayu lagi berkualiti dan memenuhi citarasa pengguna.

1 comment:

  1. assalamualaikum usahawan, boleh tak update lebih lagi mengenai perkembangan dan sumbangan yg telah syarikat sukur ni lakukan

    ReplyDelete